Assalamu’alaikum warahmatullah,
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi
Allah, Yang di tangan-Nya segala kekuasaan. Dialah Yang memenangkan sesiapa
yang dikehendaki-Nya dan Dia juga menangguhkan kejayaan kepada sesiapa yang
dikehendaki-Nya, berdasarkan kebaikan yang hanya Dia Yang Maha Mengetahui.
Edisi kali ini
menjengah pasaran dalam suasana masyarakat negara kita masih lagi diselubungi
kehangatan proses pilihan raya umum yang baru berlangsung. Keputusannya sudah
diketahui. Sama ada pihak yang menang, mahu pun yang kalah, kedua-duanya sudah
tampil dengan analisa dan kajian masing-masing atas faktor-faktor mendorong
keputusan ke atas mereka.
Seperkara agak
menarik ialah kecenderungan para pengundi negara kita yang menunjukkan sikap
semakin terbuka. Walau pun pola keseluruhan menampakkan mereka terpisah dua
mengikut kelompok pemerintah dan pembangkang, wujud juga kecenderungan memilih
batang tubuh calon-calon tertentu. Hal itu terserlah apabila kedapatan keadaan
di mana kesemua atau majoriti kerusi peringkat Dewan Undangan Negeri dalam
sesuatu kawasan Parlimen dimenangi satu pihak (kerajaan/pembangkang), tetapi
kerusi Parlimennya dimenangi calon parti berlawanan.
Apabila diselidiki, terdapat
unsur-unsur tarikan peribadi calon terbabit yang menyebabkan berlaku pecah undi
sedemikian. Tidak syak lagi ia terhasil daripada gerakerja dan penampilan
positif oleh calon-calon terbabit, sehingga menyebabkan para pengundi tidak
lagi mengutamakan soal parti yang mereka wakili.
Itulah
gambaran betapa besarnya peranan menonjolkan keperibadian yang baik dan menarik
di dalam usaha mendapatkan sokongan dan menjana penerima orang terhadap apa
yang kita perjuangan. Dalam konteks perbincangan topik dakwah edisi ini, kebanyakan
penulis kami menyimpulkan bahawa dakwah dengan perbuatan (bil hal) itu jauh
lebih berkesan berbanding dakwah dengan ucapan atau syarahan.
Semoga
Allah mengganjari semua pihak yang terlibat menjaya usaha dakwah Islam ini.
Wassalam.
Al-faqir
ilallah,
Mohd
Nasir Awang
(Artikel ini adalah catatan EDITORIAL bagi majalah Dian - Ihya' As-Sunnah, edisi 15 (Julai 2013) dengan tajuk sama)
No comments:
Post a Comment