Friday, October 14, 2005

Siapa yang patut dihumban ke laut?


Oleh: Mohd Nasir Awang

SEBAGAIMANA diketahui umum, Datuk Mohamad Aziz tidak pernah mensia-siakan kehadirannya di Parlimen. Ada-ada saja idea bernas dan hujah mantap yang dikemukakannya lewat soaljawab atau perbahasan.

Ini adalah penggal kedua beliau di Parlimen. Sebelum ini, beliau menjadi ADUN Parit Yaani, Johor selama tiga penggal bermula tahun 1986. Di sana, beliau dikenali sebagai seorang yang mesra rakyat dan prihatin terhadap kebajikan masyarakat.

‘Kelantangannya’ mengetengahkan isu rakyat barangkali mendorong Umno Johor mengambil keputusan menghantarnya ke Parlimen pula, bermula tahun 1999 lalu. Penghantaran itu nampaknya memang berbaloi.

Namun, secebis perbahasannya pada 3 Oktober lalu sedikit mencacatkan rekodnya sebagai seorang Ahli Parlimen yang cemerlang selama ini. “Bagaikan sudah tidak ada perkara yang lebih penting”, komen kebanyakan orang.

Ahli Parlimen Sri Gading itu menggamatkan Dewan Rakyat apabila menyanyikan sebanyak dua kali baris akhir lagu Negaraku. Beliau cuba membuktikan kesalahan penyanyi Hattan yang didakwanya mengalunkan lagu itu tidak mengikut versi sebenar.

Hattan, atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabuddin, diberi penghormatan menyanyikan lagu Negaraku pada majlis pembukaan perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 1 Oktober lalu.

“Versi yang salah lagu Negaraku itu dinyanyikan di hadapan 100,000 penyokong di stadium dan jutaan lagi rakyat Malaysia yang menonton secara langsung di televisyen”, Mohamad dilaporkan berhujah.

Beliau merasa tersinggung dan menganggap perbuatan itu satu penghinaan kepada lagu kebangsaan. Perasaan itulah yang akhirnya mendorong beliau menuturkan perkataan yang agak kurang rasional. “Penyanyi itu patut dihukum, dia patut dihumban ke laut”, katanya.

Apa yang dipertikaikan ialah sejauh mana benarnya dakwaan Hattan berniat menghina lagu Negaraku, lagu kebangsaan yang telah beberapa kali diubah versinya itu?

Hattan menafikan berniat menghina lagu kebangsaan. Beliau malah menegaskan sengaja menyanyikannya tanpa iringan muzik dengan harapan dapat menimbulkan semangat patriotik yang lebih tinggi di kalangan penonton. Tentu sekali itu suatu tindakan yang wajar dipuji.

Sebenarnya, banyak lagi kes yang lebih wajar disentuh oleh ahli parlimen kita, termasuk Mohamad. Dalam soal menghina negara, misalnya, Mohamad boleh membawa cerita yang dilaporkan media beberapa hari sebelum itu. Kisahnya, seorang rakyat Malaysia menjadi penipu besar di Australia.

Joe Ng dilaporkan mendapatkan beratus-ratus pinjaman bank menggunakan dokumen palsu. Dia membelanjakan wang untuk memuaskan tabiat berjudinya di beberapa kasino di Melbourne, Sydney dan Brisbane selain membayar hutang ‘along’. Det-Sgt Paul Lunt, pegawai polis Melbourne yang berusaha menjejak Joe Ng selama dua tahun menggelarkannya sebagai ‘one of Australia’s most prolific con artists’.

Dia telah meminjam tidak kurang RM5.8 juta daripada Commonwealth Bank sahaja. Dia mengaku bersalah di Mahkamah Daerah Melbourne terhadap 13 tuduhan penipuan melibatkan RM2.27 juta. Dia turut menjadi buruan polis wilayah Queeensland berkaitan tidak kurang 900 penipuan yang serupa. Polis wilayah Victoria juga menunggu giliran menyoal siasatnya.

Laporan media antarabangsa mengenai kes itu bukan dibaca oleh 100,00 atau sejuta rakyat Malaysia sahaja. Ia ditatap oleh masyarakat seantero dunia. Apakah kita sebagai rakyat Malaysia tidak merasa terhina dengan kes sebegitu?

Kalau nak dihukum, maka orang begitulah yang lebih patut. Hatta, kalau nak dihumban ke laut pun ada rasionalnya.

Kes itu mengingatkan kita kepada kes yang hampir sama melibatkan seorang bekas pemimpin kerajaan. Kalau Joe Ng hanya rakyat biasa, maka nama Tan Sri Osu Sukam tentu bukan asing bagi rakyat. Osu adalah bekas Ketua Menteri Sabah, dan pernah menganggotai Kabinet Persekutuan.

Beliau didedahkan telah berhutang sebanyak RM7.14 juta dengan Ritz Hotel Casino di London akibat kalah dalam perjudian. Kisahnya juga diketahui seantero dunia. Malu negara kita dibuatnya. Hina agama kita angkaranya. Tapi, betapa ramai pemimpin kerajaan dan ahli parlimen yang mengutuknya?

Sedangkan perbuatan Osu itu jauh lebih memalukan negara di mata dunia. Pertama, ia menggambarkan perangai buruk pemimpin negara yang sanggup berhutang kerana judi. Kedua, liat membayar hutang. Ketiga, menghina agama kerana judi adalah dosa besar di sisi Islam.

Tetapi ada tak mana-mana ahli parlimen yang cadangkan agar beliau dihumban ke laut? Osu didesak sekadar hanya meletak jawatannya sebagai Ketua Umno Bahagian Papar. Partinya tidak pula mengambil tindakan tata tertib terhadapnya. Beliau tidak digantung atau dipecat keahliannya.

Setakat ini, pemimpin Umno merasakan itulah tindakan paling rasional terhadap Osu. Maka, tidak bolehkah pemimpin parti sama lebih rasional dalam kes Hattan ini?
           
(Artikel ini disiarkan tabloid dwimingguan Siasah, edisi 14-27 Oktober 2005 di kolum ‘Perspektif’ dengan tajuk sama)

2 comments:

  1. sy ingin memulangkan semua kemuliaan kepada Allah SWT atas apa yg dia gunakan Ibu Rossa lakukan dalam hidup sy, nama sy adalah Mira Binti muhammad dari bandar klang di malaysia, sy seorang janda dengan 2 anak, suami sy meninggal di dalam kereta kemalangan dan sejak itu kehidupan menjadi sangat kasar bagi sy dan keluarga sy dan sy telah cuba utk mendapatkan pinjaman dari bank-bank di sini di malaysia dan sy dinafikan dan ditolak kerana sy tidak mempunyai cagaran dan tidak boleh mendapatkan pinjam dari bank dan sy sangat sedih
    pada hari ini yg setia ketika sy melalui internet, sy melihat kesaksian Annisa berkarya tentang bagaimana dia mendapat pinjam dari Ibu Rossa dan sy menghubunginya utk bertanya tentang ibu Rossa dan betapa benarnya pinjam dari ibu Rossa dan dia memberitahu sy memang benar dan sy menghubungi Ibu Rossa dan memohon pinjam dan pinjam sy diproses dan diluluskan dan dalam masa 24 jam sy mendapat perhatian wang pinjam sy dalam akaun sy dan ketika sy memeriksa akaun sy pinjam sy utuh dan sy sangat gembira dan sy telah bersumpah bahawa mana-mana syarikat yg meminjamkan pinjam sy akan memberi keterangan mengenai syarikat itu, jadi sy mahu menggunakan medium ini utk memberi nasihat kepada semua orang yg memerlukan pinjam utk menghubungi ibu Rossa melalui e-mel: rossastanleyloancompany@gmail.com dan anda boleh juga menghubungi sy melalui e-mel sy: mirabintimuhammed@gmail.com utk maklumat dan juga kawan sy Annisa Barkarya melalui e-melnya: annisaberkarya@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Kami di sini untuk menyediakan pinjaman antara minimum $10,000.00 hingga maksimum $100,000,000.00, iaitu jika anda ingin memohon dalam dolar. Walaupun anda dari Indonesia, anda boleh memohon pinjaman minimum Rp100juta maksimum Rp 25 bilion jadi walaupun anda dari Malaysia anda boleh memohon pinjaman minimum Rm 30k dan maksimum Rm 850k. Anda juga boleh memohon dalam mata wang lain yang tidak disebutkan di atas, kami sentiasa di sini untuk menyediakan pinjaman yang anda perlukan untuk menampung semua perbelanjaan kewangan anda pada kadar yang sangat rendah, kerana kami telah melakukan ini selama bertahun-tahun dan ia telah berjaya dan bermanfaat untuk kedua-duanya. pemberi pinjaman dan peminjam, jadi kami ada testimoni di mana-mana<<<<>> >> Testimoni terakhir Farouk dari Malaysia dengan jumlah RM 2.3 juta dan juga Indra dari Indonesia dengan jumlah Rp 570 juta, jadi tolong jangan' t mengetepikan transaksi yang sangat mesra kepada pelanggan ini<<<<<>>> >>>>

    Butiran Perhubungan Ada Di Bawah

    Nama syarikat: SYARIKAT PINJAMAN ISKANDAR LESTARI
    e-mel::>[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    WhatsApp::[+6282274045059]

    ReplyDelete