Oleh: Mohd Nasir Awang
i.
AWAL bulan lalu kita
disajikan dengan satu laporan yang agak mengejutkan. Wujud dakwaan berlakunya
penindasan terhadap pekerja wanita Islam oleh satu rangkaian kedai foto di ibu
negara.
Sebuah harian tempatan
melaporkan syarikat berkenaan mengamalkan dasar memaksa pekerja wanitanya yang
Islam agar tidak bertudung. Kenyataan dan pengakuan beberapa pihak terbabit
turut dimuatkan sebagai mengukuhkan dakwaan tersebut.
Ia bermula dengan
aduan salah seorang wanita Islam yang menjadi mangsa keadaan. Beliau yang hadir
untuk temuduga jawatan kerani di syarikat berkenaan awal-awal lagi diberi
ingatan oleh salah seorang pekerja di situ mengenai peraturan berpakaian.
Bahawa beliau jangan terkejut sekiranya diarah menanggalkan tudung ketika
bekerja.
Akhbar bahkan memetik
katanya, “saya dimaklumkan oleh pekerja itu seorang wanita bertudung yang
terpaksa membuka tudung ketika bekerja dan akan memakai semula selepas tamat
waktu bekerja kerana desakan hidup untuk menyara keluarga”.
Ya Rabbi! Betulkah apa
yang kita baca ini? Macam tak percaya, bukan? Bagaimana mungkin hal sebegini
boleh berlaku dalam ‘Negara Islam Contoh’ ini?
Kenyataan daripada
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengesahkan lagi bahawa dakwaan wanita
terbabit bukan suatu rekaan atau cubaan mensensasikan isu ini. Ketua Aktivis
PPIM, Datuk Nadzim Johan dipetik sebagai berkata, pihaknya menerima aduan
mengenai masalah itu setiap bulan. Lebih mengecewakan ada syarikat terus
mengamalkan dasar berkenaan (mengarahkan pekerja wanita Islam membuka tudung)
walau pun diberi teguran.
Ertinya, isu ini
memang benar-benar berlaku dan bukan hanya melibatkan satu syarikat yang
disebutkan di atas sahaja. Bahkan kes-kes terbabit sudah berada di dalam
tindakan pihak berkenaan.
Hakikat ini amat sukar
diterima. Ia sesuatu yang amat tidak wajar berlaku, dan masih berlaku,
memandangkan isu tuntutan wanita Islam untuk bertudung di tempat kerja ini
sudah diperjuangkan sekian lama. Ia pernah mengundang campurtangan pihak
berwajib, termasuk kementerian berkaitan hal ehwal wanita dan pihak berkuasa
agama.
Mengenakan tudung bagi wanita Islam yang akil
baligh adalah tuntutan syarak. Arahan itu berdasarkan firman
Allah: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan dan
janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh kecuali yang zahir daripadanya dan
hendaklah menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (An-Nur
24:31)
Ertinya, tuntutan
bertudung (menutup aurat) bagi wanita Islam adalah hukum agama dan bukan
sekadar fesyen berpakaian. Sesuatu yang dilakukan di atas dasar mentaati
perintah agama wajib dipertahankan. Bahkan, menjadi suatu penghinaan sangat
berat sekiranya ada pihak memaksa wanita Islam menanggalkan tudung.
Hakikat ini sepatutnya
sedia difahami setiap majikan di negara ini. Lagi pun, apa masalahnya bagi
syarikat itu jika pekerjanya bertudung? Dengan perkembangan masyarakat mutakhir
ini, penghayatan wanita Islam terhadap tuntutan mengenakan tudung bukan lagi
suatu yang janggal.
Kalaulah dikatakan bertudung boleh mengganggu kecekapan tugas pekerja,
bagaimana dengan tahap kecekapan sebegitu ramai pegawai penguatkuasa wanita di
beberapa jabatan seumpama Polis, JPJ, Kastam dan JAS yang bertudung?
Masyarakat kita sudah menerima realiti bahawa wanita bertudung juga
kelihatan menarik dan beridentiti. Tudung bukanlah halangan bagi wanita untuk
berkerjaya. Justeru, apa rasionalnya bagi majikan syarikat tadi mengenakan
larangan tersebut?
ii.
Tiga atlet bola baling lelaki Sukan Malaysia
(SUKMA) 2013 telah dihadapkan ke tiga Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya, 11
Julai lalu atas pertuduhan merogol seorang pegawai pengiring pasukan bola
baling itu, seminggu sebelumnya.
Ketiga-tiga mereka berusia antara 18 dan 19 tahun. Antara mereka ada yang masih menuntut.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa merogol wanita berusia 20 tahun itu di sebuah bilik di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, antara jam 4 pagi hingga 4.10 pagi, 4 Julai lepas.
Meski pun agak menggemparkan dan mendapat liputan agak meluas oleh media massa, kes sebegini bagi saya tidaklah mengejutkan. Menjadi mangsa rogol berkumpulan bukan lagi suatu yang sangat jarang didengar di Malaysia ini!
Ketiga-tiga mereka berusia antara 18 dan 19 tahun. Antara mereka ada yang masih menuntut.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa merogol wanita berusia 20 tahun itu di sebuah bilik di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, antara jam 4 pagi hingga 4.10 pagi, 4 Julai lepas.
Meski pun agak menggemparkan dan mendapat liputan agak meluas oleh media massa, kes sebegini bagi saya tidaklah mengejutkan. Menjadi mangsa rogol berkumpulan bukan lagi suatu yang sangat jarang didengar di Malaysia ini!
Lagi pun, kes ini mendapat perhatian banyak
pihak termasuk menteri, hanya kerana ia berlaku di perkampungan sukan. Boleh
jadi sekiranya kes itu berlaku di kampung, di tempat kerja atau kawasan
perumahan mereka, perhatian dan liputan media mengenainya tidak sebesar itu. Ia
mungkin muncul sekali-dua di dada akhbar, kemudian akan semakin tidak
dibicarakan orang.
Pun begitu, saya tetap dukacita dengan kes itu.
Pertama, kerana ketiga-tiga remaja lelaki itu bernama Melayu. Pada adatnya
mereka adalah Islam. Sedangkan perbuatan mereka bertiga adalah dosa besar di
sisi agama.
Kedua, saya agak terkilan kerana ketiga-tiga
mereka dihadapkan ke mahkamah hanya di atas dakwaan merogol. Bahkan, itulah
punca utama kes itu meletup di dada media berhari-hari. Sedangkan kes
perlanggaran hukum agama yang sama keji dengan perbuatan terkutuk itu seakan
disenyapkan.
Maksud saya, ada dilaporkan juga mangsa
mendakwa kejadian itu berlaku ke atasnya ketika dia dalam keadaan separuh
sedar. Walau pun tidak dijelaskan mengapa, terdapat laporan lain yang menyebut
tentang pengambilan minuman keras di kalangan atlet.
Hal itu disahkan apabila ada laporan menyebut Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP)
telah menggantung keseluruhan skuad bola baling daripada menyertai sebarang
aktiviti sukan anjuran badan induk berkenaan kerana membawa masuk minuman keras
ke perkampungan SUKMA ke-16 itu.
Malangnya, perbuatan meminum arak tidak pula dijadikan kes ke atas
atlet-atlet beragama Islam itu. Seolah-olahnya ia hanya suatu kesalahan disiplin
di perkampungan sukan.
Kedua-dua kes disorot kali ini adalah kes yang mencabar hukum agama. Ia
tidak patut berlaku, kerana ia menggambarkan imej yang salah buat negara kita
yang dimasyhurkan sebagai ‘Negara Islam Contoh’ ini.
(Artikel ini disiarkan majalah bulanan ERA Muslimah Bil: 17, Ogos 2013)
No comments:
Post a Comment