Oleh Mat Zain Mat Isa
Nampak sangat Barisan Nasional (BN) sudah kehabisan modal dalam menghadapi asakan bertubi-tubi daripada PAS di Kuala Terengganu sekarang, sehinggakan para pemimpinnya tidak sempat membuat pertimbangan wajar sebelum bercakap.
Dalam keadaan sangat terdesak oleh pertarungan sengit kini, BN tanpa
segan silu sanggup memperdaya rakyat, termasuk dengan memutarbelit fakta-fakta
berkaitan sejarah politik negara dan negeri.
Tambah sedihnya, pembohongan dan putarbelit itu bukan saja dibuat para
pemimpin peringkat bawahan, bahkan oleh pemimpin utama bertaraf menteri besar
dan menteri kabinet sendiri.
Dalam ceramah politik di salah satu peti undi dalam kawasan Dewan
Undangan Negeri (Dun) Wakaf Mempelam, baru-baru ini, Menteri Besar Terengganu,
Dato’ Ahmad Said seakan kembali kepada tabiat lamanya yang suka menyerang PAS
secara membuta tuli.
Beliau tergamak menyifatkan orang-orang kata orang-orang PAS sebagai pembohong.
Beliau mendakwa ada orang PAS kata mereka tidak berhutang apa-apa dengan Umno
kerana Umno tidak pernah berjasa kepada mereka.
Kita tidak tahu apakah betul ada orang PAS yang kata begitu. Ataukah ia sekadar satu lagi kes “orang Umno kata orang PAS kata”, seperti mana lazim berlaku sebelum ini. Kalau setakat mahu mendakwa ada orang itu kata begini, orang ini kata begitu, semua orang boleh kata, bukan? Kitapun boleh kata macam-macam juga. Soalnya, adakah orang itu memang ada kata macam yang kita kata itu? Itu satu.
Yang kedua dan lebih menyedihkan ialah apabila Ahmad tergamak memutarbelitkan fakta, semata-mata bagi menyokong hujahnya itu. Katanya, PAS patut berterimakasih kepada Umno kerana hanya Umno yang perjuangkan kemerdekaan negara.

“Dulu Umnolah yang memperjuangkan kemerdekaan negara hingga bebas dari
penjajah. Tak ada PAS masa itu, tak ada DAP, tak ada Keadilan,” kata dia.
Dari mana menteri besar ini ambil fakta ini? Kita akui bila Malaysia merdeka tahun 1957, DAP belum ditubuhkan. Parti KeADILan pula memang belum ada. Ia hanya wujud selepas Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh rank-and-file Umno menzalimi Dato’ Seri Anwar Ibrahim, 1998.

Namun semua orang yang mengaji sejarah tahu PAS sudah ada sejak tahun
1951. Bahkan dalam pilihan raya umum pertama 1955, PAS sudah meletakkan
calonnya di beberapa negeri hampir seluruh negara. Sudah ada kerusi dimenangi
PAS ketika itu, di Parlimen Krian, Perak. Wakil tunggal PAS itu jadi
pembangkang tunggal di Parlimen. Rasanya budak mumbang di sekolah menengah pun
tahu fakta itu. Masakan seorang menteri besar tidak tahu?
Kebetulan atau tidak, di hari sama juga seorang menteri kabinet, juga dari Kemaman (satu daerah dengan menteri besar) turut bercakap tanpa fakta mengenai PAS. Dia mendakwa waktu PAS memerintah Terengganu dulu, parti itu berjanji untuk meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan dilantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada kaum Cina.
Malangnya, kata Dato’ Ahmad Shabery Cheek, PAS tidak pernah mengotakan janji itu. Lalu dia membuat kesm[impulan mudah berdasarkan kejahilan fakta itu, kononnya PAS memang tidak pedulikan kepentingan kaum Cina.
Ini juga satu lagi kes pemimpin yang perlu diajar tentang fakta sejarah politik negara. Sedangkan perkara itu memang telah disempurnakan kerajaan PAS dulu.

Melalui Sidang Dun pada 24 April 2003, kerajaan Terengganu di bawah PAS
telah meluluskan Enakmen Bagi Meminda Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan
Terengganu (Bab Yang Pertama) (Pindaan) 2003 yang dikemukakan Adun PAS-Batu
Burok, Dato’ Wan Abdul Muttalib Embong.
Enakmen ini bagi membolehkan DUN Terengganu melantik Adun dari kalangan wanita dan bukan Islam, apakala tiada antara mereka yang terpilih melalui pilihan raya. Syarat lantikan tersebut ialah dengan mendapat sokongan daripada sekurang-kurangnya tujuh Ahli Dewan.

Itu faktanya. Ia sekaligus membuktikan kerajaan pimpinan PAS sentiasa
prihatin mengenai perjuangan nasib kedua-dua sektor masyarakat tersbeut (wanita
dan bukan Islam) dan mahu suara mereka diwakili sebaik-baiknya di peringkat
tertinggi dalam negeri (sidang Dun).
Malang sungguh bagi Terengganu. Ada menteri besar pun, buta sejarah. Satu-satunya
menteri kabinet yang ada pun, dua kali lima saja!
(Artikel ini disiarkan akhbar Harakah,
16 Januari 2009 dengan tajuk sama. Ia dikesan turut dipetik laman SiasahDaily, (pada
10 Januari?) tetapi dengan membuat sedikit ubahsuai dan meletakkan nama Penulis
Khas (tanpa merujuk penulis asal)).
No comments:
Post a Comment